

BERLIN - Seorang pengacara wanita di Jerman mendapat malu kerana dia tersilap menyebut perkataan apabila menuturkan fisting yang bermaksud satu perbuatan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengacara itu sepatutnya menyebut perkataan phishing yang membawa maksud penipuan e-mel dan bukannya fisting.
Kesilapan itu berlaku dalam program televisyen Heute, terbitan rangkaian ZDF yang menyiarkan laporan berhubung satu skim e-mel yang digunakan oleh penggodam untuk mengintip pengguna Internet.
Skim e-mel itu melibatkan penghantaran amaran palsu kepada pengguna yang diminta menukar kata laluan mereka tetapi maklumat tersebut sebenarnya dihantar oleh penggodam.
Namun, pengacara wanita itu tersasul apabila berkata: "Firma-firma besar seperti Yahoo dan Google tidak terkecuali daripada menjadi mangsa skim penipuan yang dinamakan sebagai serangan fisting."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: