Baru-baru ini Siti ada terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Elaine Daly. Dia berlakon sebuah filem tempatan berjudul Cahaya. Dalam filem itu khabarnya dia ada berlakon babak separuh bogel. Siti tak kisahlah dia nak bogel sekalipun. Cuma kenyataan dia mengenai industri filem sangat mengelirukan.
Antara kenyataan dia, kalau nak masuk pasaran antarabangsa kenalah buat macam tu. Seolah-olah orang yang terkejut beruk kalau tengok dia separuh bogel dalam filem itu pemikiran kolotlah.
Kenyataan begitu bagi Siti sangat menyesatkan. Kalau nak tahu, dengan gaya filem kita sekarang, berbogel pun tak boleh nak masuk pasaran luar negara. Sebab filem orang lain berbogel pun tak macam kita.
Satu lagi kalau ada pelakon yang kata mereka mengikut kehendak skrip, suruh buat apa saja mereka itu, itu sebenarnya bukanlah pelakon. Itu mesin yang bergerak. Pelakon mesti ada naluri dan prinsip. Alasan memasukkan babak-babak itu hanya untuk jual filem, bukan keperluan cerita dalam filem.
Siti pun tak tahu sejauh manakah hebatnya filem Cahaya. Cuma pesan Siti, kalau filem ini dibuat di negara ini, hormatlah tatasusila rakyat negara ini. Kalau alasan nak pergi jauh dengan menyelitkan babak bogel atau separuh bogel, dan pelakon pula sanggup buat kerana anggap itu artistik, semua itu mengarut sajalah.
Pesan Siti kepada Elaine Daly, kalau dia nak berbogel sekali pun, orang tak kisah pun. Tapi jangan mengaitkan kehendak dia itu dengan alasan memajukan filem tempatan. Tolonglah jangan banyak mengarut. Barangkali lebih baik Elaine belajar berlakon dulu lepas itu baru belajar berlakon separuh bogel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: