Sejak tercetus kontroversi yang sengaja dibuat oleh media Indonesia mengenai tarian pendet baru-baru ini dan ditambah pula ada orang Indonesia nak penggal kepala orang Malaysia, ada kawan Siti cadangkan haram saja drama Indonesia. Kata dia, buat apa kita tayang drama orang yang nak ganyang kita?
Kata dia lagi, orang Malaysia kalau tak pergi Indonesia masih boleh hidup. Fuh pedasnya. Tapi Siti nasihatkan dia bahawa yang nak penggal kepala orang itu orang hutan yang duduk di Jakarta. Dia orang tak ada tamadun, sebab itu balik-balik nak angkat buluh runcing.
Provokasi kawan Siti supaya haramkan drama Indonesia Siti tak setuju. Siti ada kewarasan. Kalau nak diharamkan bukan kerana isu kontroversi itu tapi kerana kualiti drama mereka yang buruk. Siti akui banyak drama Indonesia yang ditayangkan di televisyen kita macam sampah. Tak bernilai langsung.
Kalau drama-drama begini diharamkan, Siti setuju sangat-sangat. Sebabnya kalau karya yang baik, datang dari musuh pun kita boleh terima. Kalau buruk macam sesetengah drama Indonesia, drama begitu elok buang dalam longkang saja.
Bukan saja drama Indonesia, drama dari mana sekali pun tayanglah yang elok-elok. Tapi stesen televisyen pun satu juga. Dia orang ingat penonton kita hampas sangat, sebab itu sampai longgok segala sampah sarap dari Indonesia di stesen kita.
Dalam soal drama begini jangan cakap lagi pasal serumpun, dua rumpun atau berumpun-rumpun. Siti peduli apa dengan rumpun. Cuba tanya, berapa drama Malaysia yang ditayangkan di sana? Jangan harap. Cuma stesen televisyen kita saja yang terhegeh-hegeh nak tayang sampah sarap. Kita memang muka tak malu agaknya.
Tapi Siti tak dengar pula suara persatuan-persatuan tentang drama-drama sampah ini. Dia orang diam saja. Takut nak bersuara agaknya. Kalau takut jangan jadi kepala persatuan. Benda yang berlaku di depan mata pun buat-buat tak nampak.
Ini belum lagi ada orang filem Indonesia yang berkerja buat drama di sini. Bayangkanlah buat bangunan dah banyak orang Indonesia, buat program televisyen untuk siaran tempatan pun ada orang Indonesia. Kalau hebat tak ada masalah, tapi yang datang hanya kelengkeng karyawan filem kita saja. Siapa yang jaga industri buat drama ini? Dok tidur ke?
SITI JARUM: Bangun kalau ada orang kacau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: