Tuesday, October 27, 2009

10 resort paling berprestij

BAGI kebanyakan orang bercuti sudah memadai dengan melawat tempat-tempat menarik dan berpeluang mengasingkan diri daripada kesibukan tugas seharian. Tetapi lain kerenahnya bagi individu terkemuka kerana pemilihan lokasi bukan perkara yang boleh diambil mudah.

Untuk menikmati sepenuhnya harga sebuah percutian, kebanyakan mereka memilih resort-resort eksklusif yang bukan sahaja memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik tetapi paling penting adalah mereka tidak 'berkongsi tempat' dengan peminat.

Mari kita lihat pusat-pusat peranginan paling berprestij di dunia, kemudahan yang disediakan dan berapakah harga yang ditetapkan untuk menikmati percutian yang dipakejkan dengan status itu.

Di antara 10 yang tersenarai, kebanyakannya mempunyai persamaan iaitu lokasi mengadap laut ,dikelilingi pantai peribadi atau berada di tengah-tengah pulau. Layanan istimewa bukan sekadar hembusan bayu di bilik penginapan malah pelanggan juga dimanjakan dengan pakej pelayaran dan spa terbaik di dunia.

1.) Nassau & Paradise Island, Bahamas, AS$35,000 (RM118,000 ) hingga AS$50,000 (RM170,000) sehari


Nassau & Paradise Island, Bahamas


Percutian paling mahal bermula dengan layanan tujuh bintang sebaik sahaja pelanggan mendarat di lapangan terbang Bahamas.

Sebagai tetamu terhormat, keselesaan perjalanan menaiki limosin diuruskan oleh seorang pemandu peribadi yang akan memastikan keselesaan dan segala keperluan ditunaikan.

Di Paradise Island pelanggan yang lebih mengutamakan percutian secara peribadi boleh memandu sendiri pacuan empat roda Hummer yang disediakan untuk menikmati keindahan pulau.

Di laut, tiga buah kapal layar sepanjang 25 meter disediakan untuk pelanggan keluar berlayar sambil menikmati ketenangan lautan Atlantik.

Resort dengan layanan peribadi terbaik ini dilengkapi dua kolam renang, jakuzi, panggung wayang dengan 24 tempat duduk dan kemudahan sukan.

Dengan layanan mesra bertaraf profesional kepuasan pelanggan adalah perkara paling utama.

2.) Boca Raton, Amerika Syarikat, AS$12,000 (RM40,500) sehari


Boca Raton, Amerika Syarikat


Estet pesisir pantai di Florida, Amerika Syarikat ini menyediakan lima kategori penginapan dengan tujuh bilik yang dilengkapi kolam renang dan khidmat pelayaran ke tengah laut.

Resort yang terletak dalam perkampungan peribadi dengan keluasan 356 ekar ini menggabungkan rekaan klasik ciptaan arkitek terkenal, Addison Mizner dengan kelengkapan serba moden.

Dikenali dengan pusat spa terbaik, padang golf bertaraf kejuaraan, pantai peribadi dan marina mewah.

3.) Positano, Itali, AS$185,000 (RM623,000) hingga AS$268,000 (RM900,000) seminggu


Positano, Itali


Vila Positano XI yang terletak di S. Agata, ini merupakan antara destinasi percutian kegemaran hartawan-hartawan dunia.

Selain panorama luas ke Teluk Naples yang dihiasi dua buah pulau iaitu Capri dan Ischia, setiap pandangan menyajikan panorama yang menakjubkan.

Pada sebelah malam, pelanggan boleh menaiki tangga bergerak ke bilik peribadi yang terletak di tingkat empat untuk menikmati pancaran cahaya dari teres-teres yang mengelilingi vila.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: