Wednesday, July 6, 2011

Persembahan percuma dari Imran Ajmain

Sempena sambutan 100 hari bebas merokok, penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Imran Ajmain bakal mengadakan siri persembahan akustik di beberapa tempat terpilih sepanjang bulan ini.

Penyanyi berasal dari Singapura ini akan menyanyikan lagu hitnya seperti, ‘Seribu Tahun’, ‘Sudah tu Sudah’, ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’, ‘Radio’, ‘Jika Engkau Pergi’ dan juga lagu-lagu barunya yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.

Persembahan ini turut disertai, Fazley Yaakob serta pendatang baru, Najwa Latiff dan Tengku Adil dari Singapura.

Bakal berlangsung pada jam 8.00 malam dan percuma .

6hb Julai: Kunang-Kunang (Gombak)

14hb Julai: Ayers Rock Butcher & Grill (WangsaMaju)

19hb Julai: Badoque Cafe (Singapore)

20hb Julai: Senyap The Hub, Shah Alam Extreme Park (Shah Alam)

24hb Julai: Station 1 Cafe (Sunway)

28hb Julai: Bora Ombak (Ampang)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: