Sunday, October 25, 2009

Wasiat Michael Jackson dipalsukan




KELUARGA Michael Jackson mendakwa dokumen wasiat penyanyi berkenaan dipalsukan dalam satu komplot jahat untuk mengaut kekayaan mencecah AS$300 juta (RM1 bilion) selepas kematiannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu Raja Pop itu, Katherine Jackson mengemukakan beberapa dokumen ke sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) sebagai bukti mendakwa wasiat bertarikh 7 Julai 2002 yang ditandatangani anaknya di sini adalah satu wasiat palsu.

Menurut Katherine, pada tarikh itu, Michael (gambar) tidak berada di bandar raya berkenaan kerana menyertai beberapa acara di New York yang terletak lebih 3,000 kilometer dari sini.

Bagi mengukuhkan dakwaannya, beberapa gambar Michael menghadiri satu sidang akhbar di New Yok beberapa jam sebelum wasiat itu ditandatangan turut disertakan.

Selepas itu, Michael dilihat berkunjung ke kawasan penempatan kulit hitam di Harlem, New York.

Para peguam Michael mendakwa, dokumen Katherine boleh digunakan di mahkamah kerana ia membuktikan bahawa wujud unsur penipuan dalam penulisan wasiat penyanyi itu.

Sekiranya, wasiat tersebut diisytihar tidak sah, wasiat terdahulu yang memberikan 40 peratus harta Michael kepada ibunya, 40 peratus lagi kepada anak-anaknya, manakala bakinya diagihkan bagi tujuan amal, akan diguna pakai.

Penyanyi pop yang 'meletup' dengan lagu Beat It dan Billie Jean itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu setelah denyutan jantungnya terhenti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: