Sunday, October 25, 2009

Lebih 100 bank AS muflis


GAMBAR fail papan tanda Bank of Elmwood di Racine, Wisconsin yang kini muflis.


JUMLAH bank komersial yang jatuh muflis di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka 100 kelmarin setelah pihak berkuasa mengumumkan tujuh lagi institusi kewangan negara itu gulung tikar.

Pengumuman yang dibuat oleh Perbadanan Deposit Insurans Persekutuan (FIDC) menjadikan jumlah bank yang muflis di AS tahun ini sebanyak 106 buah, sekali gus mencatatkan situasi kewangan terburuk sejak 1992.

Keadaan ini membayangkan bahawa masalah sistem perbankan di AS akibat hutang tidak berbayar dan kegawatan ekonomi sebenarnya lebih teruk daripada jangkaan sebelum ini.

Ia berikutan arahan penutupan itu dilakukan secara terpilih bagi mengelakkan situasi panik di kalangan orang ramai.

Menurut FIDC, masih banyak institusi kewangan di AS, terutama bank bersaiz kecil dan sederhana, yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tetapi masih beroperasi.

Berdasarkan pengumuman FIDC, Bank of Naples, di Florida yang memiliki modal berjumlah AS$65.5 juta (RM221.5 juta) merupakan bank ke-100 ditutup sejak awal tahun ini.

Menurut pihak berkuasa perbankan itu, bank tersebut ditutup kelmarin.

Bank-bank lain yang diumumkan penutupannya oleh FIDC pada hari sama termasuk Bank National Florida, American United Bank of Georgia, Bank Komuniti Minnesota, Bank Elmwood dan Bank Dupage.

Pada tahun 1992, sebanyak 181 buah bank di AS muflis akibat krisis perbankan.

Apabila sesebuah bank muflis, FDIC akan campur tangan dengan tawaran menjual aset institusi itu bagi menanggung liabiliti khususnya wang simpanan pelanggan manakala baki kerugian dibiayai insurans.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: