Tuesday, October 13, 2009

URTV meriahkan Monsoon Cup 2009

Monsoon Cup 2009 akan berlangsung lagi mulai 2 hingga 6 Disember 2009 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Acara Monsoon Cup ini akan dimulakan dengan Konsert Kick-off Monsoon Cup yang akan diadakan pada 1 Disember 2009 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada pukul 8.30 malam.

Konsert tahun ini dijangkakan berlangsung dengan lebih meriah kerana konsert ini dianjurkan bersama majalah URTV terbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Penglibatan majalah URTV dalam konsert ini adalah dari segi mendapatkan artis dan publisiti dalam majalah itu sendiri, majalah-majalah terbitan Utusan Karya dan akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan seperta Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad.

Antara barisan artis yang akan menjayakan Konsert Kick-off Monsoon Cup 2009 ialah Dayang Nurfaezah, Aizat, Dafi, Adam, Ramlah Ram, Jay Jay dan Tomok. Manakala Farah Fauzana dan Ikram Dinzly akan menjadi pengacara konsert itu.

Konsert akan dimulakan dengan memperkenalkan 12 pelayar bertaraf antarabangsa yang akan bertanding di Monsoon Cup. Tahun ini Monsoon Cup merupakan lokasi terakhir bagi sirkit World Match Racing Tour, dan akan menentukan bukan hanya Juara Monsoon Cup 2009, tetapi juga Juara Dunia World Match Racing Tour.

Selain Konsert Kick-off Monsoon Cup, akan juga dianjurkan dengan kerjasama URTV ialah Konsert Mini di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa mulai 2 hingga 4 Disember 2009.

Barisan artis antaranya Bob , Alya, Wana, Azlan, Hafiz Hamidun, Suhaimi, Hijjaz, Hujan, Nadia AF6, Ameng (Spring) dan ramai lagi.

Pengunjung Monsoon Cup juga akan berpeluang untuk beramah mesra bersama artis-artis sebelum konsert bermula. Untuk maklumat lanjut layari www.monsooncup.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: