Tuesday, October 13, 2009

Cloudy With A Chance Of Meatballs "Menyelerakan"

Columbia Pictures and Sony Pictures Animation mempersembahkan Cloudy With A Chance Of Meatballs yang bakal membuatkan anda kelaparan sepanjang menonton filem yang penuh dengan hidangan lazat ini.

Filem arahan Chris Miller dan Phil Lord ini diadun dengan pelbagai rasa sehingga berjaya menimbulkan perasaan yang berbeza-beza mengikut situasi. Namun yang pastinya, anda pasti tidak akan kering gusi melihat keletah setiap watak yang dilakonkan oleh Flint Lockwood (Bill Hader), Anna Faris (Sam Sparks), James Caan (Tim Lockwood) dan Bruce Campbell (Mayor Shelbourne). Filem yang didasarkan daripada judul buku yang ditulis oleh Judi Barrett ini penuh dengan elemen kemanusiaan yang bisa menyentuh naluri seorang insan.


Cloudy With A Chance Of Meatballs mengisahkan Flint Lockwood (Bill Hader) yang bercita-cita menjadi saintis sejak kecil telah menghasilkan satu alat yang bisa menukarkan air kepada pelbagai jenis makanan. Kisah bermula apabila peralatan tersebut telah berpaksi di langit dan mula mengeluarkan hujan burger keju di bandar Flint, Swallow Fish. Beliau mula menjadi tumpuan dan seluruh bandar mengharapkannya untuk sajian harian mereka. Kepintaran Flint telah disalahgunakan oleh Datuk Bandar Shelbourne (Bruce Campbell) yang ingin mengaut keuntungan ke atas ekonomi bandar yang dulunya terjejas teruk kerana hanya mengharapkan ke atas jualan ikan sardin.

Namun tidak semua yang dirancang menjadi seperti yang diharapkan, makanan yang turun bagaikan hujan setiap hari telah mendatangkan bencana apabila saban hari, ia semakin membesar. Flint dengan bantuan Sam Sparks (Anna Faris), cuba untuk mematikan mesin tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan masyarakat dunia daripada ditimpa hujan makanan gergasi. Juga jangan lupa saksikan gelagat monyet kesayangan Flint, Steve yang melucukan. Saksikan kesudahan filem penuh sensasi ini pada 15 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: