Thursday, October 29, 2009

Tuntut janji PM

TOKYO - Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hatoyama sepatutnya meminta maaf secara rasmi dan memberikan ganti rugi kepada wanita di seluruh Asia yang dipaksa menjadi hamba seks semasa Perang Dunia Kedua, kata seorang mangsa, Lee Yong-soo dari Korea Selatan semalam.

Pada 2002, semasa menjadi ketua pembangkang, Hatoyama pernah berucap di parlimen Jepun yang meminta pihak kerajaan memberi ganti rugi kepada mangsa hamba seks itu.

“Sudah tiba masanya beliau (Hatoyama) meminta maaf,” kata Yong-soo yang pernah diculik untuk menjadi hamba seks askar Jepun di Taiwan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: