Thursday, October 29, 2009

Bush dapat RM340,250


GAMBAR fail menunjukkan Bush (kiri) bersama bapanya, George Bush sebelum satu perlawanan bola sepak Amerika bermula di Stadium Reliant, Houston.


AUSTIN - Selepas sembilan bulan menyepi tanpa khabar berita, bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kembali mewarnai kehidupan rakyat AS dengan peranan berbeza iaitu sebagai seorang penceramah motivasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas presiden itu menandatangani kontrak bersama sebuah agensi penceramah utama AS, Washington Speakers Bureau yang turut disertai bekas perdana menteri Britain, Tony Blair dan bekas calon naib presiden AS, Sarah Palin.

Bush dibayar lumayan iaitu hampir AS$100,000 (RM340,250) untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Get Motivated selama 28 minit di hadapan 15,000 orang di sebuah stadium di Texas malam Isnin lepas.

Namun, kebanyakan penonton bosan dan kecewa apabila cerita paling menarik yang disampaikan Bush cuma tentang dia mengutip sendiri najis anjing miliknya ketika membawa haiwan itu bersiar-siar berhampiran rumahnya di Dallas.

Pada masa itu, kata Bush, beliau sedar bahawa kehidupannya selepas bersara telah banyak berubah.

Semasa berucap, Bush langsung tidak tersasul atau tersilap menyebut perkataan seperti yang kerap berlaku ketika menjadi Presiden AS.

Namun, kesilapan tersebut dan keputusan beliau untuk menyerang dan menakluk Iraq pada 2003 telah menyebabkan Bush menjadi amat terkenal.

Selain menjadi penceramah motivasi, Bush juga sedang menyiapkan sebuah buku mengenai 12 keputusan paling sukar yang pernah dibuat ketika beliau mentadbir AS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: