Thursday, October 29, 2009

Transaksi MasterCard meningkat dua peratus




KUALA LUMPUR - Transaksi penggunaan kad kredit MasterCard semasa Karnival Jualan Mega Malaysia (MMSC) 2009 mencatatkan peningkatan dua peratus berbanding tahun lalu.

Menurut kenyataan media MasterCard Worldwide, peningkatan kepada 16,294,837 transaksi berbanding 15,992,714 sepanjang MMSC 2008 turut dipengaruhi oleh ganjaran dan tawaran menarik yang disediakan.

"Kejayaan program insentif seperti 'MasterCard Speen and Redeem' ditunjukkan oleh pertambahan lima peratus angka transaksi oleh pengunjung di negara ini yang berjumlah 694,562.

"Sementara jumlah transaksi oleh pemegang kad MasterCard tempatan juga menunjukkan pertambahan 1.7 peratus," kata kenyataan tersebut.

MMSC pada tahun ini berlangsung pada 4 Julai dan berakhir pada 31 Ogos lalu.

Tambah kenyataan itu, kategori utama yang dibelanjakan oleh pemegang kad MasterCard kekal konsisten berbanding tahun lalu dengan sektor peruncitan terus menjadi bidang utama perbelanjaan semasa MMSC.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: