
NEW YORK - Pelakon terkenal, Shia LaBeouf muncul dengan imej serius apabila membawa teman wanitanya membonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, motosikal mereka sebenarnya berada di atas sebuah lori kerana kedua-duanya menjalani penggambaran siri kedua filem klasik era 80-an, Wall Street yang mengisahkan tentang sifat tamak pelabur-pelabur bagi mengaut kekayaan hasil pasaran kewangan.
LaBeouf yang popular menerusi filem Transformers berganding dengan teman wanitanya, Carey Mulligan dalam filem terbaru itu.
Aktor berkenaan sebelum ini enggan mendedahkan percintaannya dengan Mulligan yang pernah membintangi filem cinta Pride and Prejudice bersama aktres Britain, Keira Knightley.
Namun, hubungan tersebut terbongkar apabila pasangan itu dilihat berpegangan tangan baru-baru ini ketika bersiar-siar di sini.
Siri pertama filem itu melayakkan pelakon Michael Douglas, 64, memenangi anugerah akademi manakala aktor veteran Hollywood tersebut akan melakonkan semula watak pelabur tamak, Gordon Gekko dalam filem Wall Street 2: Money Never Sleeps.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: