![]() |
| KYLIE memakai kostum ganjil mirip penyanyi Lady Gaga semasa membuat persembahan di Oakland, California pada Rabu lalu. |
LOS ANGELES - Penyanyi kelahiran Australia, Kylie Minogue didakwa meniru imej futuristik bintang pop, Lady Gaga semasa muncul dalam konsert sulungnya di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika menyanyikan lagu popular, Can't Get You Out Of My Head pada raptai konsert itu di California kelmarin, Kylie berpakaian seksi yang lengkap dengan aksesori ganjil seperti yang pernah dipakai oleh Lady Gaga.
Sejak 19 bulan tanpa lagu baru, populariti Kylie semakin tenggelam tetapi sepanjang tempoh singkat itu, Lady Gaga pula berjaya menjadi antara bintang pop terhebat apabila dua lagunya mengungguli carta pop di AS.
Walaupun Kylie diingati kerana keberaniannya memakai kostum ranggi di pentas, kostum penyanyi itu belum mampu mencabar imej ganjil dan futuristik Lady Gaga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: