PENAMPILAN terbaru Nanu Baharuddin dengan rambut pendeknya mungkin membuatkan ramai yang tidak menyangka umurnya telah mencecah 40 tahun.
Ibu kepada Ikhi, 22, dan Iman, 9, ini juga akui selesa dengan rambut yang baru dipotong dua bulan lalu itu.
Tambahnya,dia sudah bosan menggayakan rambut panjang sejak 10 tahun lalu kerana perlu menghabiskan masa setiap dua hari sekali di salon.
Dia juga akui gemar melakukan sesuatu yang pelik seperti memotong rambut pendek.
Ditanya tentang kehidupan yang dilaluinya sekarang, Nanu bersyukur malah gembira walaupun memegang status ibu tunggal.
Kata pelakon, pengarah dan produser ini lagi, dia belum terfikir tentang suami.
"Biar Tuhan yang tentukan tentang soal berkahwin lagi selepas ini..terus-terang buat masa ini, saya belum perlukan seorang suami.
"Sedangkan satu hari tu pun tak cukup untuk saya,macam mana saya nak ada masa untuk suami," beritahunya yang nekad untuk menumpukan masanya selama sebulan untuk drama 13 episod 'Spa Qistina'.
Drama ini dijangka muncul pada awal Januari depan di salah satu saluran Astro.Selain itu, Nanu menantikan kemunculan filem 'Haq' dan 'Semerah Cinta Stiletto' lakonannya di pawagam pada tahun depan.
Belum pernah bercinta dengan lelaki muda
Bercerita mengenai sedikit lakonannya sebagai Qistina dalam drama Spa Qistina, Nanu berkata dia akan bercinta dengan lelaki muda lakonan Adi Putra.
Namun lakonannya sebagai pasangan Adi bukanlah yang pertama kali dilakukan, malah dia pernah melakonkan watak isteri dan kekasih Adi.
"Tetapi dalam dunia realiti, saya tidak pernah lagi bercinta dengan lelaki muda.
"Jadi, jalan cerita ini memang sangat berbeza dan langsung tiada kena-mengena dengan diri saya sebaliknya ia akan ada banyak konflik keluarga dan bersuami muda," akhirinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: