Wednesday, October 28, 2009

Que Haidar dah jadi bapa

Pelakon Que Haidar sekarang dah jadi bapa. Anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Linda Jasmine dilahirkan secara pembedahan petang semalam (26 Oktober 2009) semalam di Hospital Gleneagle Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Que Haidar dan Linda Jasmine.

Que Haidar dan Linda Jasmine semasa sarat hamil.

Bayi seberat 3kg itu dinamakan Tengku Ratu Haidar. Cantik namanya, mesti secomel ibu dan ayahnya kan? Namun Que enggan membenarkan gambar anaknya dirakam oleh pihak media.

"Dia kecil lagi kesianlah... tunggulah mungkin selepas habis pantang nanti," kata Que semasa dihubungi ketika menemani Linda di hospital tersebut.

Semasa berbual dengan Que kedengaran suara anaknya menangis. Que memang berehat daripada penggambaran untuk menunggu detik kelahiran anaknya.

"Semestinya saya happy bila sudah menjadi bapa ni. Saya akan memberikan yang terbaik kepada anak saya," katanya yang juga menjaga anak Linda hasil perkahwinan pertamanya.

Ibunya akan menjaga Linda semasa proses berpantang nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: