
KUALA KEDAH - Kira-kira 4,000 nelayan di sini kempunan untuk menggunakan pelabuhan baru Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Kuala Kelonchor di sini biarpun ia sudah siap tiga tahun lalu.
Ini kerana kompleks bernilai lebih RM50 juta itu belum boleh beroperasi sepenuhnya atas sebab tertentu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar (gambar kecil) yang melawat kompleks itu kelmarin kecewa kerana pelabuhan itu tidak dapat dimanfaatkan setelah kerajaan mengeluarkan peruntukan besar membinanya.
Katanya, ia sepatutnya boleh memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 nelayan dan menjadi pusat pendaratan ikan terbesar serta termoden di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dengan kemudahan tambatan bot.
"Saya kecewa tengok keadaan seperti ini, kerajaan guna banyak wang tetapi ia tidak dapat digunakan," katanya kepada pemberita selepas melawat kompleks itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: