KUALA LUMPUR - Terminal baru yang membabitkan penglibatan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dalam konsortium projek tersebut di Sabiha Gocken International Airport Istanbul dijadual dibuka akhir bulan ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengunjungi terminal baru itu berkata, kerja-kerja pembinaan ketika ini berada di peringkat akhir penyiapan.
"Projek itu membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran Malaysia dalam pembangunan dan pengurusan lapangan terbang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
"Ia merupakan contoh yang baik bagaimana syarikat berkaitan kerajaan seperti MAHB boleh berjaya di luar negara, mewujudkan laluan dalam usaha mereka untuk menjadi ikon global," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: