Monday, October 26, 2009

Penyanyi legenda rebah semasa menyanyi


MORRISSEY rebah semasa membuat persembahan di Oasis Leisure
Centre, Swindon kelmarin.


SWINDON - Penyanyi legenda Britain, Morrissey (gambar), 50, rebah semasa dia membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Morrissey atau nama sebenar Steven Patrick Morrissey rebah di Oasis Leisure Centre sini, 130 kilometer ke timur London sebelum dua pemain muzik di pentas membawanya ke keluar.

Mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa bekas penyanyi kumpulan The Smith itu ke sebuah hospital dan dia dilaporkan mengalami masalah kesukaran pernafasan.

Semasa kejadian, dia baru menyanyikan lagu popularnya pada 1983, This Charming Man sebelum rebah namun 1,000 penonton tidak menyedarinya kerana pentas agak gelap.

Insiden itu menyebabkan persembahan Morrissey terpaksa ditangguhkan manakala seorang jurucakap hospital memberitahu, Morrissey yang mendapatkan rawatan didapati berada dalam keadaan stabil semalam.

Pada Mei lalu, dia yang kini popular dengan album baru, Years of Refusal dinamakan oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) sebagai artis pop Britain yang paling berpengaruh.

Majalah hiburan Rolling Stone pernah menyenaraikan Morrissey antara penyanyi terbaik dalam sejarah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: