
Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
Juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.
Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Antaranya pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki, penyampai radio dan pelawak terkenal, Din Beramboi serta pelawak dan pengacara TV, Bob Lokman.
Sesi uji bakat akan memulakan penjelajahannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 6 petang di tempat-tempat yang berikut:
Sementara itu, pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak Astro (musim pertama), Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.
Radio SINAR FM telah dilantik sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan informasi mengenai Raja Lawak Astro boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/rajalawak4. Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: