Sedih betul apabila ada orang kecoh bercerita kisah rumah tangga selebriti popular yang sedang dilanda badai. Siapakah selebriti popular itu? Cukuplah kalau Niezam katakan dia orang yang popular. Wanita berkenaan merupakan seorang pelakon yang dikenali ramai.
Khabarnya mahligai yang dibina oleh pelakon ini dengan suaminya sudah bergoyang. Goyangnya lebih dahsyat daripada Inul menggelekkan pinggulnya.
Mengikut sumber yang memberitahu Niezam, pelakon ini sudah dapat tangkap perbuatan si suami yang selama ni selalu sangat "makan luar".
Kata sumber itu, suami pelakon ini kerap memberi alasan untuk out station tapi rupa-rupanya bukan atas urusan kerja sebaliknya dia mahu berjumpa dengan seorang wanita lain.
"Ya... lelaki tu curang. Dia jumpa perempuan muda umur 20-an. Tapi sayang sekali lelaki tu tak cekap nak menipu sebab bini dia dah tahu taktik dia selama ini," kata sumber itu.
Mengikut ceritanya si pelakon berkenaan dah pasang spy nak intip gelagat suaminya yang selama ini hanya nampak baik depan dia.
Pelakon itu pun selalu berendam air mata. Menangis siang malam kerana menyesal berkahwin dengan lelaki dahi licin tu. Hidup di alam rumah tangga memang ada pasang surutnya. Harap-harap pelakon cantik manis tersebut bersabar sajalah.
Tapi sayang juga ya! Apa yang suami artis ni nak lagi? Dapat bini lawa pun tak pandai nak jaga.
NIEZAM: Intai wartawan sebelah rumah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: