Minggu lepas Niezam ada tulis nasihat Fahrin buat bekas teman tapi mesranya, Linda Onn. Kata Fahrin, dia agak terkilan apabila Linda cuba memberi reaksi mengenai hubungan dia dan Scha yang dah putus itu.
Alasan Fahrin, Linda bukanlah kawan rapat dia dan Scha. Jadi Linda tak ada hak nak bagi apa-apa komen mengenai kisah cinta dia yang putus itu.
Kerana kenyataan Fahrin tersebut, Niezam terima beberapa panggilan telefon daripada pembaca yang mendakwa mereka peminat Linda dan Fahrin.
Ramai juga yang tak puas hati dengan Linda kenapa nak masuk campur bila orang dah putus cinta?
Dalam masa yang sama pula ada yang berkata Linda tak macam tu. Mungkin ada orang saja-saja nak buat cerita. Bila timbul perkara itu, Niezam ada nasihatkan Linda supaya dia tak masuk campur dan jangan bagi apa-apa komen mengenai kisah cinta itu. Takut nanti macam-macam persepsi tak baik timbul mengenai mereka.
Sebaliknya kata Linda, selama ni dia tak pernah komen apa-apa.
"Setakat ni kalau wartawan tanya saya pasal dia orang putus jawapan saya ialah no comment. Beritahu saya paper mana yang pernah saya komen pasal dia orang berdua?" soal Linda.
Menurut Linda seingat dia pihak Gala TV terbitan Astro ada minta komen mengenai hal itu. Jawapan dia senang saja iaitu tak mahu komen apa-apa.
"Linda tak nak ambil tahu dan tak mahu masuk campur perihal mereka kerana mereka tak ada kena mengena dalam hidup Linda dan tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk Linda," jelas Linda dalam SMS yang dikirimkan minggu lalu. Apa yang berlaku ini mungkin sedikit salah faham saja. Harap-harap ia tidak terus berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik ya.
NIEZAM: Kau tak nak "kite" pun tak ingin...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: