
KUALA TERENGGANU - Sebuah lori yang digunakan untuk menyeludup rokok keretek bernilai RM1,060,946 termasuk cukai berjaya ditahan manakala pemandunya pula sempat melarikan diri di Dungun lima hari lalu.
Operasi dilakukan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu selepas pihaknya membuat intipan selama tiga jam berpandukan maklumat orang awam berhubung aktiviti haram tersebut.
Pengarahnya, Datuk Azis Yacub memberitahu, sekumpulan anggotanya berjaya menahan lori tersebut di Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Pulau Serai, Dungun kira-kira pukul 3.40 pagi.
"Tetapi pemandu lori itu berjaya melarikan diri dan siasatan awal mendapati nombor pendaftaran lori berkenaan adalah palsu," katanya pada sidang media di stor jabatan itu di Jalan Panji Alam semalam.
Menurutnya, melalui intipan tersebut pihaknya percaya lori tersebut diiringi tidak kurang daripada lima kereta dipercayai tonto.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: