![]() |
| DEE merenung nasibnya selepas gagal menjadi warganegara Britain di London semalam. |
LONDON - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang sanggup membatalkan kerakyatan atas kerelaan sendiri dengan tujuan untuk tinggal di Britain mendapati mereka kini tidak mempunyai negara sekali gus menjadi pendatang haram di negara itu.
Seorang lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sebagai Dee, 34, kini terpaksa mencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London walaupun dia sebenarnya seorang arkitek.
"Saya telah menjadi imigran haram," katanya.
Dee merupakan antara ratusan bekas rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan dilema kerana yakin akan diberikan kerakyatan Britain selepas membatalkan kewarganegaraan Malaysia dengan mengisi borang di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
Satu klausa undang-undang di Britain sebelum ini membenarkan penduduk dari Pulau Pinang dan Melaka mendapat status Warganegara Luar British (BOC) selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Etnik Cina di dua buah negeri itu yang bimbang mengalami diskriminasi semasa hidup dalam negara baru tersebut telah memperoleh jaminan bahawa mereka boleh menetap di Britain.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: