Saturday, October 24, 2009

Jennifer's Body Sekadar Tontonan

Jika anda mahukan tontonan ringan, Jennifer's Body mungkin sesuai sekadar meluangkan masa senggang anda. Namun, tiada apa yang boleh diharapkan menerusi filem ini dan tontonlah dengan fikiran terbuka agar tidak kecewa dengan plot dan penceritaannya.

Pada pendapat ManggaOnline, Jennifer's Body hanyalah sekadar filem remaja seram yang stereotaip. Setiap babak dapat dijangka dan lakonan Megan Fox masih di tahap sederhana. Plot dan dialog di tahap yang sekadar biasa sahaja. Namun sudut estetika filem ini masih boleh dibanggakan.

Filem seram ini mengisahkan remaja sekolah di sebuah pekan kecil, Jennifer (Megan Fox) telah dirasuk syaitan setelah menjadi mangsa puja sebuah kumpulan band yang ingin mengecapi populariti. Sejak itu, terjadi siri pembunuhan mengerikan di mana mangsa akan digoda dan seterusnya dibunuh untuk mengekalkan kejelitaannya.

Rakan baik Jennifer, Needy (Amanda Seyfried) cuba menyiasat segala perlakuan aneh sahabat karibnya dan setiap pembunuhan yang terjadi di pekan tersebut. Keadaan menjadi rumit apabila teman lelaki Needy, Chip (Johnny Simmons) turut menjadi buruan Jennifer.

Filem arahan Karyn Kusama ini bakal ditayangkan di pawagam 29 Oktober ini. Filem ini bagaimanapun dijangka bakal mendapat sambutan hangat di kalangan peminat Megan Fox.

Saksikan sedikit cebisan daripada Jennifer's Body.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: