Tuesday, October 6, 2009

EPL: TM tidak mungkin membida secara serius

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) tidak mungkin membida secara serius bagi mendapatkan hak menyiarkan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana ia masih lagi terlibat dalam peringkat awal projek jalur lebar berkelajuan tingginya (HSBB), kata ECMLibra Investment Research (ECMLibra).

Dalam nota penyelidikannya semalam, ECMLibra berkata, tanpa asas pelanggan jalur lebar yang benar-benar mencukupi, menyertai 'perang bida' pada masa ini bersama-sama Astro akan hanya menaikkan harga penyiaran EPL berkenaan.

Perkhidmatan runcit HSBB hanya dijangka bermula pada suku pertama 2010.

"TM dijangka menyaksikan pengambilan berperingkat-peringkat perkhidmatan runcit HSBB dalam jangka masa permulaan dua atau tiga tahun," kata ECMLibra.

Ia menambah, TM boleh memenangi 'perang bida' itu serta memiliki hak eksklusif sendiri untuk menyiarkan EPL tetapi akan memaksa para penonton melanggan perkhidmatan Televisyen Protokol Internetnya (IPTV).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: