Tuesday, October 6, 2009

Maxis tawar perkhidmatan pindahan wang mudah alih

KUALA LUMPUR - Maxis Communications Berhad dan The Western Union Company merancang untuk menawarkan perkhidmatan pindahan wang mudah alih menjelang awal tahun 2010.

Menurut Ketua M-Dagangan Maxis, Claire Featherstone, melalui pelancaran perkhidmatan itu, lebih daripada 11 juta pelanggan Maxis di Malaysia boleh menghantar wang secara terus menggunakan telefon bimbit mereka.

"Perkhidmatan baru itu akan dikenakan bayaran yang berdaya saing dan akan mendatangkan faedah kepada pekerja asing di Malaysia yang mana ia akan memberikan mereka kemudahan dan kecekapan dalam pindahan wang global," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Lebih AS$6.4 bilion (RM22.3 bilion) dalam penghantaran telah dibuat dari Malaysia tahun lepas dan kebanyakannya dibuat oleh pekerja asing yang dianggarkan seramai 1.9 juta dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

"Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh membuat penghantaran wang hampir ke seluruh dunia menggunakan telefon bimbit mereka dari mana-mana sahaja di Malaysia dan pada bila-bila masa sahaja," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: