
Dokumentari memaparkan bagaimana kerakusan manusia membawa kebinasaan kepada insan lain. Tragedi Pos Dipang (1996) adalah antara tragedi yang meninggalkan sejarah hitam kepada negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini.
Antara dipaparkan ialah bagaimana tragedi banjir lumpur tiba–tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang yang mengorbankan 44 mangsa .
Dokumentari turut memaparkan penderitaan dan trauma penduduk Orang Asli setempat dan juga mengenal pasti siapa yang harus dipersalahkan, sehingga terjadinya tragedi ini.
Kisah dan tragedi tragedi Pos Dipang juga diceritakan dalam bentuk lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod berjudul ’Korban 44’.
‘Korban 44’ dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Marsha, Farid Kamil, Mubarak Majid, Razak Ahmad, Rozie Rashid, Dian P.Ramlee, Azhar Sulaiman dan ramai lagi di Astro Citra.
Jangan lupa untuk saksikan dokumentari hebat ’Suatu Ketika...Pos Dipang’ pada hari Ahad ini, 4 Oktober 2009, jam 6.30 petang di Astro Prima dan 8 buah episod drama bersiri yang akan menceritakan semula kejadian sebenar dalam bentuk fiksyen dan membawa penonton mengimbau kembali Tragedi Pos Dipang yang pernah berlaku berjudul ’Korban 44’ di Astro Citra pada setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 7 Oktober.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: