
Menurut Zizan, ibunya sudah menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu, namun dalam tempoh itu arwah masih sihat.
“Saya rasa agak terkilan sebab saya tak dapat nak sembahyangkan ibu di rumah sebab waktu itu saya masih sibuk di hospital menguruskan hal-hal kematian. Apa pun, sebelum ibu pergi, saya sempat meluangkan masa dengannya. Sebaik saja saya tahu ibu masuk hospital, saya terus balik menemaninya. Masa raya hari tu, saya ada balik, tapi pada raya kedua dan masa tu ibu masih sihat dan boleh bercakap dengan saya seperti biasa.
“Dalam ramai adik-beradik, sayalah yang paling rapat dan manja dengan ibu dan semasa arwah hidup saya selalu mengusiknya dengan panggilan sayang dan darling. Sebelum ibu pergi, dia sempat berpesan pada saya agar sentiasa bacakan Yasin untuknya bila dia tiada.
“Sepanjang hidup saya, ibulah yang paling banyak memberikan sokongan dan saya berjaya dalam karier seni saya hari ini pun disebabkan keberkatan yang diberikan oleh ibu yang tidak pernah jemu-jemu menyokong dan mendoakan kejayaan saya. Bila ibu pergi, saya betul-betul terasa akan kehilangannya. Masih teringat-ingat lagi wajahnya,” kata Zizan yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik.
Jenazah Bibi Kalsom disembahyang di kediamannya, di Taman Seri Indah, Sungai Besar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah Sungai Besar jam 3 petang, semalam.
Kesemua adik-beradik Zizan dan saudara maranya turut hadir di waktu kebumian. Malah rakan artis seperti, Tony Yusof dan Yasmin Hani turut hadir memberi penghormatan terakhir dan sokongan kepada Zizan.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Kumilik Mu’ ini turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan penduduk kampung serta jawatankuasa masjid yang menguruskan pengebumian jenazah ibunya yang tercinta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: