Saturday, October 3, 2009

Dirogol empat kali sehari


ELIZABETH


BANDAR SALT LAKE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Smart yang berusia 21 tahun mendedahkan dia dirogol tiga atau empat kali sehari oleh seorang lelaki tua yang menculiknya dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah kelmarin.

Elizabeth diculik oleh lelaki itu, Brian David Mitchell yang kini berumur 55 tahun pada 5 Jun 2003 lalu ketika dia berumur 14 tahun.Dalam perbicaraan di sebuah mahkamah persekutuan, Elizabeth menyatakan kakinya diikat dengan tali kabel dan diugut bunuh jika cuba melarikan diri.Dia diacukan pisau dan dilarikan ke sebuah tapak perkhemahan terpencil sebelum dipaksa berkahwin dengan Mitchell oleh isterinya, Wanda Eileen Barzee."Selepas upacara ringkas perkahwinan poligami itu, dia merogol saya," kata pelajar muzik dari Universiti Brigham Young di Utah.Elizabeth berjaya diselamatkan pada Mac 2003 lalu. Ketika itu dia yang berjalan bersama dengan Mitchell dan Barzee dilihat oleh seorang pemandu yang mengenalinya di pinggir bandar Salt Lake.

Semasa perbicaraan baru bermula, Mitchell yang ditahan sejak 2003 terpaksa dibawa keluar dari bilik mahkamah kerana mengganggu sesi perbicaraan.Mitchell didakwa atas tuduhan menculik dan serangan seksual. "Dia (Mitchell) mendakwa sebagai nabi, suara Tuhan di muka bumi dan akan memerintah anak-anak Tuhan sehingga kedatangan Nabi Isa," kata Elizabeth ketika disoal oleh peguam Mitchell.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: