Saturday, October 3, 2009

Buang sampah di belakang rumah


KEADAAN halaman belakang rumah Walters di Somerset, England yang dipenuhi sampah-sarap.


SOMERSET - Seorang lelaki di England, Paul Walter bakal dihadapkan ke mahkamah buat kali ketiga kerana rumahnya dipenuhi sampah selama lima tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Bertan-tan sampah paras kepala termasuk tiga buah kereta rosak berada di belakang halaman rumah Walter di sini.Dia pernah dihadapkan ke mahkamah pada Mac lalu dan didenda £500 (RM2,770) tetapi lelaki itu tidak pernah membersihkan belakang rumahnya.

Masalah itu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan, North Somerset Council dan Walters akan dihadapkan semula ke mahkamah dengan hukuman yang lebih berat.Jiran-jiran di kawasan Weston-super-Mare itu mengadu mereka tidak dapat membuka tingkap sejak beberapa tahun lalu bagi mengelak menghidu bau busuk sampah dari rumah Walters.Seorang ahli majlis perbandaran, Dawn Payne berkata, mereka akan mengarahkan Walters membersihkan kawasan kediamannya yang dijangka menelan kos sehingga £20,000 (RM110,760).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: