DILLA dan bakal suaminya, Ruslan Saidin. |
KALAU mengikut laporan yang ditulis akhbar Metro Ahad baru-baru ini, sepatutnya semalam juara Malaysian Most Beautiful, Dilla Syahirah Ab Latiff naik pelamin. Lucunya, teman sepejabat Cik Normah yang mengenalinya ada menghantar SMS mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya.
SMS itu dibalas pelakon drama Goda yang pernah bersiaran di 8TV itu dengan menjelaskan memang dia akan berkahwin tapi bukan pada tarikh semalam. Tetapi yang sebenarnya mengikut isi kandungan SMS Dilla, dia akan bernikah dengan tunangnya, Ruslan Saidin pada 12 November bukannya 12 Oktober.
Majlis resepsi pula akan diadakan sehari selepas mereka bernikah (13 November) di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.
Cik Normah dapat tahu, kesilapan yang tak terduga itu berlaku atas ralat si penulisnya. Tak apalah, sebagai manusia kita memang ada kalanya tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah penulis itu dan Cik Normah dapat tahu, keluarga Dilla pun sudah lupakan ralat yang berlaku itu.
Dilla dan Ruslan berkenalan sejak empat tahun lalu sehinggalah mereka memilih untuk bertunang. Di kesempatan ini, Cik Normah nak ucapkan tahniah pada Dilla dan tunangnya. Kata Dilla kepada teman sepejabat, kad kahwin sebenarnya baru siap dan akan diedarkan tidak lama lagi. Semoga kebahagiaan akan terus mendakap kehidupan anda berdua.
Ramai juga artis kita yang nak kahwin dalam masa terdekat ini. Tanggal 18 Oktober ini, Sharifah Sofia akan menamatkan zaman bujangnya. Bulan depan Dilla pula. Ada lagi tak artis yang akan kahwin lepas ini? Haa... kalau ada, jangan lupa jemput Cik Normah dan teman sepejabat di Hip ya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: