Tuesday, October 13, 2009

Dostana hangatkan malam menjelang Deepavali



GANDINGAN John Abraham, Abhishek dan Priyanka Chopra dalam Dostana.

BERTEMAKAN Gemerlapan Deepavali sudah tentunya pelbagai program dan rancangan menarik dipilih dengan tujuan menceria dan menghiburkan penganut agama Hindu yang akan menyambut perayaan itu pada Sabtu ini.

Oleh itu, filem Bollywood berjudul Dostana yang bakal ditayangkan pada 16 Oktober ini bermula jam 8.30 malam menerusi TV2 ini pastinya dinanti-nantikan.

Filem mengisahkan mengenai Sameer dan Kunal, dua pemuda yang kebetulan bertembung dan berkenalan apabila mereka berebut untuk menyewa sebuah pangsapuri.


Harapan mereka untuk menyewa pangsapuri itu gagal apabila pemilik pangsapuri itu hanya menyewakannya kepada wanita. Neha anak saudara kepada pemiliknya menyewa pangsapuri itu bersendirian lalu Sameer mendapat idea, jika dia dan Kunal berpura-pura sebagai pasangan gay pemilik pangsapuri itu akan membenarkan mereka sewa di pangsapuri itu.

Neha, Sameer dan Kunal akhirnya menjadi sahabat karib apabila mereka menyewa di pangsapuri itu bersama-sama.

Suatu hari, Neha menjemput pengurusnya makan malam di pangsapuri itu untuk memperkenalkannya kepada Sameer dan Kunal selain melobi pengurusnya itu demi kenaikan pangkat namun gagal. Lalu, Sameer dan Kunal membantu Neha menyelesaikan satu tugasan supaya mendapat tempat di hati pengurusnya lalu Neha dilantik menjadi pembantu ketua editor bagi Majalah Verve.

Tidak lengkap jalan cerita dalam filem Bollywood tanpa cinta dan air mata. Oleh itu, konflik perebutan cinta antara Sameer dan Kunal terhadap Neha menjadi isu utama Dostana. Kewujudan watak Abhimayu yang turut jatuh hati terhadap Neha membuatkan tiga sahabat baik ini berselisih faham sesama mereka. Pelbagai cara digunakan Sameer dan Kunal untuk menghindar Abhimayu melamar Neha sehingga Neha menghalau mereka dari pangsapuri itu.

Untuk mengetahui kesudahan filem ini sama ada Neha berbaik semula dengan mereka atau adakah Sameer dan Kunal terus berpura-pura sebagai pasangan gay untuk mendekati Neha?

Antara pelakon hebat yang akan menghiasi Dostana adalah Abhishek Bachchan, John Abraham dan Priyanka Chopra selain Shilpa Shetty, Bobby Deol dan Monika Gaba serta beberapa nama lain yang turut sama beraksi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: