Nanu Baharuddin |
AKHIRNYA terjawab juga siapa yang akan memikul tanggung jawab baru watak utama Qistina dalam drama popular Spa Qistina yang kini sudah beralih siaran ke stesen TV berbayar Astro. Dua musim terdahulu, ia disiarkan di TV3. Oh ya, lupa pula Cik Normah nak sebut nama pelakon yang menggantikan Norish Karman itu.
Selepas ditolak pelakon Umie Aida yang ingin memberi tumpuan kepada pementasan teater Natrah. Watak Qistina akhirnya menjadi milik pelakon Nanu Baharuddin. Cik Normah tak persoalkan pemilihan Global Station itu sebab rasa Nanu layak untuk menjadi Qistina yang baru.
Memang sesuailah Nanu pegang watak itu apatah lagi dengan imej rambut pendeknya nampak rugged. Cik Normah yakin, Nanu mampu membawakan watak itu dengan baik. Tapi biasalah watak itu sebenarnya cukup sinonim dengan Norish Karman yang memegangnya sejak dua musim lalu, pasti akan ada yang membandingkan mereka nanti.
Cik Normah malas nak komen lebih mengenai mengapa Norish Karman tidak dikekalkan sebab tak kuasa. Tapi daripada cerita yang dikongsi teman sepejabat yang hadir ke sidang media pelancaran drama itu, penukaran pelakon asal adalah daripada kehendak stesen Astro. Entahlah.
Bukan saja, Norish, Ifa Raziah, Zizie Ezette, Intan Azura, Elly Mazlein dan Zaefrul Nordin pun tak ada. Ironinya ada watak baru dan pengganti yang diwujudkan seperti Nora Danish, Fasha Sandha, Kefli AF3, Amyza Adnan, Adyputra, Ainul Aishah dan Watie Sadali.
Cik Normah tak sabar nak tengok hebat tak trilogi kali ini. Iyalah, kalau pihak penerbit berani mati dan yakin nak adakan adegan bersama di antara Fasha dan Nora, mungkin ramai yang akan tertunggu-tunggu kemunculan drama ini dijangka pada awal tahun depan. Tapi kali ini, kalau nak tengok, bukan percuma lagi sebab kena bayar untuk pakej yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: