Sunday, October 4, 2009

Bukan simen cuma tanah liat


KERATAN Kosmo! semalam.


JOHOR BAHRU - Beberapa beg simen seperti yang didakwa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri sebelum pengkebumian penjenayah nombor satu Asia, Noordin Mohammad Top petang kelmarin sebenarnya tanah liat berwarna kelabu.

Sumber polis berkata, keadaan tanah liat yang basah akibat hujan renyai dan berwarna kelabu mungkin mengelirukan orang ramai yang menyangka kubur arwah akan disimen selepas disemadikan.

Beg-beg yang disangka simen juga mungkin karung guni yang menyimpan peralatan menggali kubur milik ahli jawatankuasa tanah perkuburan Islam kampung tersebut namun disangka oleh orang ramai yang tidak dapat melihat dari jarak dekat ekoran dihadang garisan amaran kuning polis atas faktor keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: