Sunday, October 4, 2009

Tiket ke London semurah RM1,248

KUALA LUMPUR - 'Tambang Rendah Setiap Hari' Malaysia Airlines System (MAS) kembali dengan menjanjikan kadar rendah yang amat menarik dan tarikh perjalanan yang lebih fleksibel antara November 2009 dan September 2010.

Promosi domestik dan global itu yang bermula esok menawarkan tambang rendah ke destinasi yang menarik untuk warga Malaysia, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini semalam.

"Ia hanya melibatkan kos RM368 ke Hong Kong, RM400 ke Taipeh, RM649 ke Perth dan RM951 ke Melbourne.

"Kos tambang ke Amsterdam, Paris, Rome dan Frankfurt pula RM1,228 sementara London ialah RM1,248,'' jelasnya.

Tambang rendah itu kini boleh diperoleh di www.malaysiaairlines.com sehingga 10 Oktober, 2009.

Untuk penerbangan domestik, orang ramai boleh menikmati tambang RM79 untuk destinasi dalam lingkungan Malaysia Barat sementara Sabah dan Sarawak dari RM109.

Ia hanya boleh diperoleh dalam talian berdasarkan "siapa cepat dia dapat" dengan pembelian sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: