![]() |
| |
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilarikan oleh dua lelaki tidak dikenali di rumah neneknya di Kampung Kadok dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, Wan Zainidah Wan Badrulsham (gambar) sedang bermain dengan sepupunya, Alia Maisarah Mohd. Akhir, 4.
Menurut nenek mangsa, Khadijah Awang, 64, dua lelaki itu pada mulanya berpura-pura mencari ayah Wan Zainidah yang ketika itu tiada di rumah dan suspek kemudian mengajak dua cucunya berbual-bual.
Katanya, dia kemudian masuk ke dapur dan tidak lama selepas itu, Alia Maisarah datang sambil menangis memberitahu Wan Zainidah telah dilarikan.
"Seorang jiran beritahu dia nampak dua lelaki bermotosikal melarikan Wan Zainidah sambil menutup mulutnya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Jelasnya, dia kemudian meminta bantuan penduduk mencari cucunya sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Ketereh pada pukul 5.30 petang.
"Pada masa itu, saya hanya berdoa semoga cucu kesayangan saya itu yang saya pelihara sejak berusia setahun ditemui dalam keadaan selamat," ujarnya.
Katanya, ibu bapa mangsa sudah bercerai dan seorang adik mangsa tinggal bersama ibunya di Shah Alam, Selangor.
Tambahnya, dia lega apabila dimaklumkan Wan Zainidah ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Chekeli yang terletak lima kilometer dari rumahnya pada pukul 6.13 petang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: