Wednesday, October 14, 2009

Anugerah Obama tak ditarik balik

OSLO - Jawatankuasa Anugerah Nobel Norway mempertahankan keputusan untuk menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam ulasan yang jarang dilakukan, pengerusi jawatankuasa itu, Thorbjoern Jagland berkata, pihaknya sudah menjangkakan kritikan yang diterima berikutan pemilihan Obama.

"Kami benar-benar tidak bersetuju bahawa Obama tidak berbuat apa-apa kerana beliau menerima anugerah itu atas segala usaha yang telah dilakukannya sendiri," kata Jagland.

Menurutnya, Obama berjaya mengubah rancangan presiden AS terdahulu, George W. Bush berhubung pelan pertahanan antipeluru berpandu di Eropah.

Obama, 48, pada Jumaat lalu diumumkan pemenang anugerah itu yang diberi dalam bentuk pingat emas, diploma dan cek bernilai 10 juta kronor Sweden (RM4.83 juta).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: