Monday, October 26, 2009

Anak belum tahu ibu sudah mati





KERATAN muka depan Kosmo!


GEORGE TOWN - "Help my mum."
Itulah yang ditulis Tan Hui Linn, 17, yang juga cedera terkena simbahan asid kepada jururawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) yang belum mengetahui kematian ibunya.

Abang mangsa, Tan Jun Hong, (gambar) 20, berkata, dia belum memberitahu adiknya yang ibu mereka telah meninggal dunia akibat kejadian itu.

Menurut Jun Hong, Hui Linn sejak kelmarin kerap kali bertanyakan keadaan ibu kepada jururawat yang menjaganya.

Lebih menyedihkan, kata pemuda itu, adiknya juga mendesak untuk melawat ibunya bagi melihat keadaannya.

"Jururawat terpaksa berdalih dengan memberitahu ibu dirawat di bilik lain dan tidak boleh diziarahi.

"Saya tahu pasti sukar bagi Hui Linn sekiranya dia tahu yang ibu kami sudah tiada," kata Jun Hong ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik HPP semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi kelmarin, Hui Linn dan ibunya Chong Swee Lin, 50, terkena simbahan asid yang dilakukan oleh bapanya ketika mereka tidur di rumah di Jalan Batu Lanchang di sini.

Akibat kejadian itu, Swee Lin meninggal dunia kerana badannya melecur hampir 95 peratus anggota badannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: