Wednesday, October 28, 2009

Ahadiat tertekan, isteri tolong bayar nafkah


AHADIAT bersama isterinya, Norhayati di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.





KUALA LUMPUR - "Sedikit pun saya tidak mengungkit dan berkira, malah sebelum kahwin, suami minta tolong saya bayar nafkah anak sebab dia muflis."

Demikian jelas Norhayati Mohd. Fauzi, isteri kepada novelis terkenal Ahadiat Akashah semasa memberi keterangan pada perbicaraan permohonan mengubah perintah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Menurut wanita berusia 30 tahun itu, sebelum berkahwin dengan Ahadiat atau nama sebenarnya Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah pada 13 Ogos 2000, dia sudah mengetahui status suaminya itu yang telah muflis.

"Sebab itu saya berusaha membuka syarikat penerbitan dan pengedaran buku bagi menyara keluarga serta membantu membayar nafkah setakat yang saya mampu," katanya selaku saksi bagi pihak Ahadiat semasa disoal peguam syarie Mostadza Halimi.

Bagaimanapun jelas Norhayati, sejak perniagaannya merosot pada 2007 ditambah dengan tiada buku baru suaminya, mereka terpaksa menanggung tunggakan pelbagai hutang piutang selain sering meminjam daripada ahli keluarga.

Ahadiat, 44, selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan untuk mengubah perintah nafkah anak, Aishah Akashah, 13, sebanyak RM300 seperti yang diperintah mahkamah selepas sah bercerai dengan defendan, Shahilah Mat Nazir (gambar), 38, pada 12 April 2000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: