Saturday, October 25, 2014

Muhdalena ditangkap di Ayer Keroh



JOHOR BAHRU – Selepas hampir 19 jam meloloskan diri daripada pihak polis, Muhdalena Ahmad yang terbabit dalam insiden amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lalu berjaya ditahan semula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka, awal pagi semalam.
Wanita tersebut yang melarikan diri ketika ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 9 pagi kelmarin berjaya ditangkap ketika dia berada di R&R itu pada pukul 3.05 pagi.
Jarak antara HSA dengan R&R Ayer Keroh kira-kira 211 kilometer.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: