Thursday, October 30, 2014

FFM: Ellie dinobat pengarah harapan


  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (empat, kiri) bergambar bersama sebahagian pemenang pada Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BernamaTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (empat, kiri) bergambar bersama sebahagian pemenang pada Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 di Kuala Lumpur, malam tadi.

PENGARAH filem 'Penanggal', Ellie Suriati dinobatkan sebagai Pengarah Harapan pada malam perasmian Festival Filem

Malaysia ke-26 (FFM26) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Festival berkenaan yang bertemakan Transformasi Sinema Malaysia itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari.

Sebanyak 11 anugerah diberi kepada penggiat seni belakang tabir, iaitu Anugerah Poster Terbaik yang dimenangi oleh Primeworks Studios (Grand Brilliance) menerusi filem bertajuk 'Kil', manakala Anugerah Penataan Seni Terbaik disandang oleh Nazrul Asraff menerusi filem 'Penanggal'.

Anugerah Pereka Kostum/ Busana Terbaik dijuarai oleh Hasnan Yaccob dan Fadzilah Abdullah menerusi filen 'Tanda Putera', manakala Sharon Paul menjadi pemenang bagi Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik menerusi filem yang sama.

Sementara itu, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik disandang Syamsul Yusoff dan Hisham Jupri (KL Gangster 2), Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik pula dimenangi Tomok dan Rafidah Abdullah (Istanbul Aku Datang).

Anugerah Penggiat Belakang Tabir dimenangi oleh Ali Husin manakala Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik dimenangi oleh Rykarl Iskandar (Ajiboy), dan Anugerah Filem Pendek Terbaik dimenangi Reservoir Production Sdn Bhd menerusi filem 'Jahit'.
Anugerah Filem Animasi Terbaik pula tidak mempunyai pemenang.

Acara kemuncak FFM26 akan diadakan pada Sabtu ini di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadot, Seremban, Negeri Sembilan. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: