- Sebahagian daripada peserta Switch Off 14.
PADA 21 Oktober lalu, satu pertemuan dan sidang media untuk menjelaskan pelaksanaan kempen, Switch Off 14, yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan pengamal industri.
Walaupun ada segelintir persatuan yang tidak menyatakan sokongan, namun kempen ini akan terus diadakan pada 11 November ini.
Tambahan pula, ada dalam kalangan ahli persatuan yang tidak menyokong turut menghulurkan tangan tanda sokongan kepada gerakan Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) ini.
Turut berdepan dengan pelbagai bentuk kontroversi dan tuduhan, Presiden Gafim yang juga Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli, teguh berdiri dalam menegakkan usaha terhadap industri tempatan.
Bukan sekali dua menegaskan kempen ini bukanlah demonstrasi mahupun piket, namun Jurey sedia menelan segala kenyataan yang dimanipulasi mahupun tuduhan yang tidak berasas.
Berbicara mengenai Switch Off 14, Zass menemu bual Jurey bagi berkongsi hala tuju dan pelaksanaan kempen ini dalam masa dua minggu lagi.
SINAR HARIAN: Setakat ini, bolehkah anda kongsikan mengenai perkembangan Switch Off 14?
JUREY: Kami sepakat memilih tanggal 11 November untuk menunjukkan solidariti kami terhadap industri. Dalam pertemuan itu, kita akan menyanyi, bersajak, bersyair dan membuat persembahan dengan barisan pemuzik. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita bersatu dan berkumpul dalam suasana yang santai.
Pun begitu, kami masih lagi mencari beberapa tempat untuk berkumpul beramai-ramai.
Antara lokasi yang dipilih termasuk Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Sentral Market. Kami memikirkan faktor bilangan peserta yang datang dan sekali gus menyediakan tempat yang lebih luas dan selesa. Pun begitu, lokasi sebenar masih belum diputuskan lagi.
SINAR HARIAN: Bagaimana pula pandangan anda bila ada segelintir pihak masih menganggap kempen ini sebagai demonstrasi atau piket?
JUREY: Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menjelaskan perkara ini sedangkan pada awalnya, saya sudah menjemput mereka-mereka yang tidak faham akan pelaksanaan kempen ini untuk datang dengar pada sidang media lalu.
Namun, jemputan saya hanya dipandang sepi. Kalau mereka rasa kita ingin membuat kecoh atau melanggar undang-undang negara, buktikan tuduhan itu.
Ianya hanyalah perhimpunan yang mengumpulkan penggiat seni termasuk pelakon, kru produksi dan penerbit dalam satu majlis yang aman. Saya tidak nampak di mana negatif dan salahnya perhimpunan ini.
SINAR HARIAN: Adakah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, akan turun bersama-sama dalam kempen ini?
JUREY: Saya mengalu-alukan kedatangan menteri pada perhimpunan berkenaan sekiranya ada kelapangan. Namun, saya akan memenuhi undangan pada 30 Oktober ini (esok) untuk sesi dialog bersama penggiat seni. Ketika itu, difahamkan menteri juga turut hadir. Dalam sesi dialog itu, saya akan mengutarakan 11 masalah industri yang diketengahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
SINAR HARIAN: Bagaimana pula dengan sokongan daripada Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima)?
JUREY: Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak Profima. Sekiranya tiada apa-apa kenyataan mahupun surat, kami menganggap Profima masih menyokong usaha ini.
Apatah lagi, Profima adalah persatuan yang mencadangkan agar Switch Off 14 ini diadakan. Selain daripada 10 persatuan di bawah naungan Gafim, tiga persatuan lain turut menyokong iaitu Persatuan Artis Veteran Malaysia, Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen India Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Artis Artis Pelapis (Perkap).
SINAR HARIAN: Boleh anda jelaskan apa matlamat kempen ini?
JUREY: Kami susun 'Malam Solidariti Switch Off', ini bertujuan untuk berkumpul dalam menyatukan hati dan suara atas isu industri supaya mendapat perhatian stesen televisyen.
Ia merupakan suara solidariti bagi keseluruhan warga kerja industri televisyen tempatan yang mahukan pembelaan seterusnya perubahan positif demi masa depan industri agar lebih berdaya saing dan maju.
Kita berkumpul ramai-ramai pada malam itu dalam sebuah perhimpunan aman demi menunjukkan kebersatuan dalam perkara ini.
SINAR HARIAN: Sejak memperkenalkan kempen ini, anda sering dikaitkan dengan kontroversi hebat. Adakah ini tidak melemahkan semangat anda dalam memperjuangkan hak industri?
JUREY: Sekali lagi saya tekankan, kempen ini bukanlah gerakan individu mahupun bersifat kepentingan peribadi. Saya tidak dapat apa-apa imbuhan pun kalau perkara ini berjaya untuk diselesaikan.
Saya cuma memikirkan tanggungjawab pada industri yang saya sendiri ceburi.
Malah, perkara yang berbangkit bukanlah masalah baharu, ianya sudah lama menghantui golongan pengamal seni tempatan.
Lagipun, sebagai individu yang berada di kerusi ini (Presiden Gafim dan PTVM), sayalah yang perlu menggerakkannya. Sejujurnya saya 'lemas' dengan serangan kiri kanan daripada pihak yang tidak memahami erti perjuangan ini, namun saya berpegang kepada prinsip, bila saya sudah mula, saya tidak akan berhenti sekerat jalan.
SINAR HARIAN: Akhir sekali, apakah yang anda harapkan dalam kempen ini?
JUREY: Kami tidak mengharapkan penyelesaian ini akan dibuat dalam jangka masa yang singkat. Mungkin proses ini akan mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.
Namun, perhatian daripada kerajaan itu sudah cukup menggambarkan keprihatinan dalam membantu industri seni tempatan.
Sebagai anak seni, saya ingin memastikan industri terbela dan mengharapkan perubahan dalam ekosistem industri tempatan. Ini adalah permulaan kepada industri yang lebih sihat dan usaha dalam penambahbaikan yang lebih maju.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: