Tuesday, October 28, 2014

AuraWhite mudah dibeli di butik Sasa


Nurfuryna (tengah) dan Natasha bergambar bersama barisan kakitangan Butik Sasa pada Majlis Pelancaran Produk AuraWhite dan bertemu duta produk, Natasha di Butik Sasa, Suria KLCC.


SEBAGAI duta kepada produk kecantikan AuraWhite, Natasha Hudson mengakui bahawa dia berasa sangat bangga dengan jenama tersebut. Perasaan itu semakin membuak-buak apabila jenama tersebut dijual menerusi rangkaian butik kosmetik gergasi Asia, Sasa di seluruh negara sejak sebulan lalu.
Natasha mula menjadi duta produk AuraWhite Beauty Stemcell Collagen kira-kira setahun lalu kerana tertarik dengan produk yang diasaskan menggunakan bahan semula jadi bersama gabungan ekstrak buah-buahan itu.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk itulah menjadi faktor utama Natasha menerima tawaran untuk menjadi duta produk berkenaan.
Produk tersebut merupakan salah satu daripada rangkaian produk AuraWhite Beauty di bawah AuraWhite Global Sdn. Bhd.
Pelakon filem Chermin itu turut mengakui dia sememangnya amat cerewet mengenai produk kesihatan terutama apabila berkaitan dengan sumber makanan yang diambil sepanjang hari. Namun, formulasi 100 peratus bahan-bahan semula jadi menambahkan keyakinan Natasha terhadap AuraWhite Beauty Stemcell Collagen.
Menurut Natasha yang masih menyusukan anak bongsunya yang kini berusia setahun lebih, Naeema Taqiyyah, produk itu turut membantu mengekalkan stamina selain menambahkan kandungan nutrisi susu badannya.
“Saya memberi susu badan kepada anak (Naeema Taqiyyah). Saya dapati susu badan saya semakin bertambah dan kecergasan diri pula pada tahap yang optimum.
“Sebelum ini, ada beberapa pihak menawarkan saya menjadi duta produk mereka tetapi saya memilih AuraWhite kerana ia berkesan dan berasaskan bahan semula jadi,” katanya ketika ditemui pada satu majlis di butik Sasa Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada bulan Ogos lalu, dua produk AuraWhite telah dipelawa untuk dijual menerusi lebih 30 cawangan butik Sasa oleh Sa Sa (M) Sdn. Bhd.
Dua produk terpilih itu, AuraWhite Beauty Collagen dan AuraWhite Beauty Stemcell Collagen merupakan antara produk premium jenama tersebut.
Pengasas AuraWhite Beauty, Nurfuryna Mohd. Azmeer menegaskan, dua produk syarikatnya itu kini boleh didapati di lebih 30 cawangan butik Sasa di seluruh negara.
“Peluang memasarkan dua produk iaitu AuraWhite Beauty Collagen dan AuraWhite Beauty Stemcell Collagen menerusi rangkaian butik Sasa merupakan satu pengiktirafan buat syarikat kami.
“Pada masa yang sama, langkah pemasaran baharu ini dapat memudahkan pengguna kedua-dua produk itu untuk mendapatkannya berbanding kaedah sebelum ini.
“Jika sebelum ini, produk Aurawhite dijual menerusi ejen-ejen terpilih dan stokis AuraWhite sahaja tetapi sekarang jualan produk semakin meluas dengan kerjasama butik kecantikan Sasa.
“Harga yang ditawarkan untuk AuraWhite Beauty Collagen ialah RM150 setiap satu manakala AuraWhite Beauty Stemcell Collagen RM180,“ tambahnya.
Sementara itu, menurut Penolong Pengurus Kategori Sasa, Janet Chan, pihaknya juga turut membuat penelitian terperinci terhadap kedua-dua produk AuraWhite itu sebelum dipelawa untuk dijual di rangkaian butik mereka.
“Pihak kami turut melakukan ujian dan mencuba sendiri kedua-dua produk tersebut dan ia terbukti memberi kesan yang positif sebelum membuat keputusan itu.
“Buat masa ini, kami telah memasarkan dua produk itu menerusi 30 butik daripada 54 cawangan kami di seluruh Malaysia sebagai permulaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: