Thursday, October 30, 2014

Murid perempuan maut digilis kereta di hadapan sekolah



SUSANNA (dalam bulatan) meninggal dunia selepas tersepit di bawah kereta yang tiba-tiba meluncur menuruni Bukit Goram di hadapan SK Sungai Kapit, Sarawak kelmarin.


KAPIT – Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapit di sini maut selepas digilis sebuah kereta yang tiba-tiba menggelongsor menuruni Bukit Goram di sini kelmarin.
Mangsa, Susanna Athey, 9, ketika kejadian dipercayai sedang berjalan kaki bersama kakaknya Cecilia, 11, sebelum dilanggar kereta jenis Proton Saga Flx yang meluncur laju menuruni jalan berbukit di hadapan sekolah berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kapit, Asisten Superintendan Chua Su Wan berkata, sebelum kejadian, kereta dipandu seorang wanita berusia 38 tahun yang membawa bersama empat orang anaknya itu sedang mendaki jalan bukit yang agak licin kerana hujan.
“Bagaimanapun, kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan menggelongsor laju menuruni bukit di hadapan sekolah berkenaan lalu merempuh dua beradik yang sedang berjalan kaki itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: