- Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus
“SEBENARNYA sebab utama mengapa saya berhenti sebagai penyampai radio di stesen Era FM adalah kerana mahu beri fokus sepenuhnya terhadap karier nyanyian saya,” jelas penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 7, Aril yang menamatkan kontraknya sebagai penyampai radio Era FM baru-baru ini.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mengakui kerjayanya sebagai penyampai radio juga merupakan antara faktor utama lagu-lagunya tidak diputarkan di stesen radio lain.
“Saya nampak ia menjadi satu persaingan dan sekali gus menyulitkan karier nyanyian saya daripada terus berkembang.
“Jadi saya ambil keputusan yang tepat untuk berhenti kerana karier nyanyian adalah fokus utama saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, ‘Aril’ di No Black Tie, Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Mengulas lanjut mengenai album penuhnya itu, Aril memberitahu selain memuatkan single yang pernah dinyanyikan sebelum ini, ia turut diselitkan sebuah lagu nyanyian semula berjudul ‘Kembali Senyum’ yang pernah dipopularkan oleh abangnya,
Allahyarham Izwan Pilus.
“Mungkin orang akan bandingkan nyanyian saya dengannya, tapi saya percaya ramai peminat yang merindui dirinya.
“Jadi sebagai seorang adik apa lagi yang boleh saya lakukan untuk menghargai jasa dia selain mendoakan yang terbaik untuknya,” ujarnya.
Pada masa sama, Aril menjelaskan dia mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sebuah album bukan kerana tidak serius namun perlu memilih produk yang berkualiti untuk dimuatkan dalam album tersebut.
”Selama saya berada dalam industri ini banyak percubaan yang saya lakukan dan bukannya dalam bidang nyanyian semata-mata.
“Selepas beberapa tahun, saya rasakan sekarang adalah waktu yang tepat untuk keluarkan album dan ini adalah hadiah istimewa buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Album Aril memuatkan sebanyak 9 buah lagu antaranya Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulus dan Menatap Wajahmu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: