Saturday, October 25, 2014

Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand


Bront Palarae akui cabaran utama pada babak pertarungan.
PETALING JAYA:Pelakon Bront Palarae mengakui terkejut apabila lakonan aksi yang dilakukan dalam filem Anak Jantan mendapat pujian daripada pelakon lagak ngeri daripada Thailand yang turut terlibat dalam filem tersebut.

Bront berkata, pujian tersebut membuktikan dia berjaya menterjemahkan watak antogonis yang diberikan itu dengan baik.

 "Saya pun terkejut dan baru sahaja tahu daripada pengarah tentang pujian itu. Individu tersebut bercakap kepada orang lain dan saya rasa pengarah akan lebih berbangga dengan pujian ini.

"Bagaimanapun, pujian itu membuktikan bahawa lakonan saya sebagai Somchai berjaya seperti yang dimahukan oleh pengarah," ujarnya kepada mStar Online. 
Sementara itu, Bront berkata, cabaran utama menjayakan filem tersebut adalah terlalu banyak melakukan babak pertarungan.

Katanya, ia menguji kecerdasan fizikal apabila memerlukannya mengekalkan momentum untuk bertarung lebih daripada 12 jam.

“Cabaran utama adalah babak pertarungan. Ia sangat menguji fizikal dan untuk mengekalkan momentum tenaga itu benar-benar buat saya rasa macam nak mati.

"Boleh dikatakan ini adalah antara filem yang buat saya terasa sangat kesukarannya. Namun, saya akan gembira dan puas hati jika penonton juga puas hati dan gembira dengan lakonan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Dalam filem ini, Bront turut bergandingan bersama Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem arahan Faizul A Rashid ini.  Filem Anak Jantan bakal ditayangkan pada 30 Oktober depan di seluruh pawagam negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: