Thursday, October 30, 2014

Bela harimau di belakang rumah



AGENSI - BOVARD bermain dengan seekor harimau dan singa yang dipelihara di belakang rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.


TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor singa di belakang rumahnya sebagai salah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai spesies terancam itu.
Lelaki tersebut, Carl Bovard menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Single Vision bagi menggalakkan orang ramai datang ke rumahnya di negeri Florida untuk melawat haiwan berkenaan.
Selain harimau dan singa, Bovard juga membela dua ekor anak beruang, seekor harimau bintang serta dua ekor buaya.
Bovard berkata, ketika pengunjung melawat kediamannya, dia akan bermain-main termasuk memeluk haiwan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya memastikan kewujudan haiwan terancam tersebut terus terpelihara.
“Membela haiwan seperti ini di belakang rumah anda memang sangat bahaya dan saya mengambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan saya serta orang ramai terjamin.
“Haiwan ini walaupun jinak tetapi mereka masih mempunyai naluri pembunuh dan saya perlu berhati-hati ketika bermain bersama mereka,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: