Thursday, October 30, 2014

Penanggal & Tanda Putera Raih 2 Anugerah FFM 26


Barisan artis yang berjaya memenangi 11 kategori pada Malam Perasmian Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26).
SUBANG JAYA: Filem Penanggal dan Tanda Putera masing-masing merangkul dua anugerah daripada 11 kategori yang dipertandingkan pada Malam Perasmian, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang berlangsung di Hotel Empire Subang, di sini, malam Rabu.

Filem Penanggal terbitan Astro Show & Grand Brilliance memenangi kategori utama iaitu Pengarah Harapan yang dimenangi oleh Ellie Suriaty dan Penataan Seni Terbaik melalui Nazrul Asraff.

Trofi disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari.

Manakala, filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures memenangi anugerah kategori Pereka Kostum / Busana Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, ia dimenangi oleh Rykarl Iskandar (Ajiboy) dan Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi lagu Aku Datang nyanyian Tomok untuk filem Istanbul Aku Datang.
Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem KIL.
        Ellie Suriaty memenangi anugerah Pengarah Harapan bagi filem Penanggal. 
Bagi Filem Pendek Terbaik pula, ia dimenangi filem Jahit terbitan Reservoir Production. Tiada pemenang diumumkan bagi kategori Filem Animasi Terbaik berikutan hanya terdapat tiga pencalonan sahaja.

Anugerah khas bagi Penggiat Belakang Tabir pula diberikan kepada Jurukamera, Ali Husin.

Majlis tersebut dihoskan oleh Shahrul Shiro dan Didie Alias.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Md Affendi Hamdan dan pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al Imran Yassin.

Sementara itu 13 lagi anugerah utama akan disampaikan pada malam kemuncak FFM 23 yang akan di adakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.
Keputusan 11 anugerah FFM 26 pada acara Malam Perasmian
1. Anugerah Pengarah Harapan – Ellie Suriaty (Penanggal)

2. Anugerah Filem Pendek Terbaik -  Jahit (Reservoir Productions Sdn Bhd)

3.  Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Raykal Iskandar (Aji Boy)

4.  Anugerah Poster Terbaik – Kil (Grand Brilliande)

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik- Nazrul Asraff (Penanggal)

6. Anugerah Pereka Kostum / Busana Terbaik – Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah (Tanda Putra)

7. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Sharon Paul (Tanda Putra)

8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik- Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster 2)

9. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Tomok/Rafidah Abdullah (Lagu Aku Datang untuk filem Istanbul Aku Datang)

10. Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Ali Husin

11. Anugerah Filem Animasi Pendek Terbaik – Tiada Pemenang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: