Saturday, October 25, 2014

Tasha Manshahar Buka Bisnes Kerana Sering Berbelanja Secara Online


Tasha Manshahar
KUALA LUMPUR: Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu tabiatnya yang gemar menghabiskan duit dengan membeli belah secara dalam talian membuatkan dia mula menjinakkan diri dalam perniagaan.
Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, dia pernah menghabiskan hampir RM700 ketika membeli beberapa barang di dalam talian tanpa disedari.

"Saya memang suka shoping online, kadang-kadang hampir RM700 kerana saya sendiri seperti tidak sedar sudah membeli banyak barang.

"Sebab itu saya terfikir untuk cuba berniaga secara online terutama menjual selendang, tudung, kain dan baju dengan jenama saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata, bisnes yang baharu dua bulan dijalankan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan pengikutnya di laman sosial.

Katanya, dia juga turut menyertai beberapa karnival jualan yang dianjurkan setiap hujung minggu.

"Ramai peminat yang bertanya tentang tudung dan baju yang saya pakai, jadi bila ada produk saya sendiri ia lebih baik.

"Setakat ini sambutan sangat baik terutamanya dikalangan pelajar-pelajar kolej, saya juga sering terlibat dengan karnival jualan untuk peniaga online yang selalu dianjurkan setiap hujung minggu," katanya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, bisnes tersebut adalah sebagai pendapatan sampingan selain bidang nyanyian.

Jelasnya, dia juga tidak terlalu berharap untuk berada lama dalam industri muzik ini.

"Saya sedar sebagai penyanyi kita tidak selalu akan berada di tempat yang selesa dan keraan itu juga saya jadikan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan," ujarnya.

Sementara itu, Tasha berkata, dia akan berada di Stadium Malawati, Shah Alam bagi menyertai CommFest : SiniAdaFest 2014.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: